design_4.css
0

Profail syarikat 

InstaForex.com adalah milik penuh InstaForex Companies Group, yang telah menyediakan perkhidmatan dagangan secara online kepada para pelanggan seluruh dunia sejak 2007. Sehingga hari ini pelanggan-pelanggan kami terdiri dari gabungan lebih 50 buah negara kebanyakannya adalah dari Eropah dan Asia. Setiap hari, terdapat beratus-beratus peniaga yang melabur dana dalam bentuk tukaran matawang dan pasaran-pasaran saham membuka akaun di InstaForex.com.

Perkhidmatan utama InstaForex adalah melibatkan pasaran pertukaran antarabangsa. Kebanyakan urusniaga InstaForex tertumpu kepada bidang dagangan secara atas talian, yang merupakan bidang keutamaan syarikat. Keupayaan menyediakan dagangan perkhidmatan melalui World Wide Web bukan sahaja menjadi tarikan kepada penggunaan teknologi-teknologi canggih seperti teknologi akses elektronik dalam membuat urusniaga, tetapi juga menjadi unsur-unsur perniagaan secara asas dalam perniagaan pembrokeran, berdasarkan sejarah kesinambungan pasaran wang jangka masa panjang.

InstaForex membolehkan akses secara atas talian terus kepada pasaran-pasaran tukaran antarabangsa untuk individu persendirian dan peniaga-peniaga institusi. Kami telah memilih pangkalan MetaTrader 4, yang memenuhi tuntutan kualiti perkhidmatan moden dan adalah dianggap salah satu produk yang menjadi peneraju utama dalam bidang dagangan Internet.

InstaForex sehingga kini bekerjasama dengan market-makers yang utama dengan mengambil net positions untuk pasaran antara bank. Posisi peniaga individu juga kadangkala boleh di bawa ke pasaran antara bank. Ini membolehkan InstaForex berurusan dengan pelanggan-pelanggan secara konsisten, dan ini bermaksud bahawa apabila anda menggunakan perkhidmatan InstaForex, anda tentu yakin bahawa anda tidak berjudi tetapi menjana pendapatan melalui kadar pertukaran matawang.

InstaForex menawarkan terma-terma dagangan yang mudah dan menguntungkan untuk semua pelanggan, tanpa mengambil kira deposit. Layanan individu adalah penting bagi InstaForex yang berusaha membina perhubungan dengan setiap pelanggan. Pendekatan yang sama ini juga telah digunakan dalam terma-terma dagangan, yang melayakkan ia menjadi alat operasi unik di pasaran-pasaran kewangan.

Memulakan kerjaya anda sebagai peniaga matawang professional dengan InstaForex, dengan terma-terma dagangan yang sesuai dengan strategi dagangan anda!

Muat turun terminal dagangan Membuka akaun demo Membuka akaun nyata
Яндекс.Метрика